Siapa yang mandi dari junub secara halal

TEKS BAHASA ARAB

من اغتسل من الجنابة حلالا أعطاه الله تعالى مٍئة قصر من درة بيضاء، وكتب الله له قطرة ثواب ألف شهيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang mandi dari junub secara halal, Allah Ta’ala akan berikan dia 100 istana dari mutiara putih dan Allah akan tuliskan baginya dengan setiap titisan pahala sebanyak 1000 syahid.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 175, hadis nombor 312. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل، وضعه دينار.

Batil, ia direka oleh Dinar.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.