Siapa yang lari bersama agamanya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من فر بدينه من أرض إلى أرض مخافة على نفسه ودينه؛ كتب عند الله صديقا ، فإذا مات ؛ قبضه الله عز وجل شهيدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang lari bersama agamanya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain kerana takut atas diri dan agamanya; dia akan dituliskan di sisi Allah sebagai seorang siddiq (yang benar). Dan apabila dia mati, Allah mengambil nyawanya sebagai seorang syahid.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 553, hadis nombor 2880. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من فر بدينه من أرض إلى أرض مخافة على نفسه ودينه؛ كتب عند الله صديقا، فإذا مات؛ قبضه الله – عز وجل – شهيدا)).
[فر، ((الضعيفة)) (6109)]

(Palsu)
Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang lari bersama agamanya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain kerana takut atas diri dan agamanya; dia akan dituliskan di sisi Allah sebagai seorang siddiq (yang benar). Dan apabila dia mati, Allah mengambil nyawanya sebagai seorang syahid.”
[Riwayat al-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdaus. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6109]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.