Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Siapa yang jahil tentang sesuatu, dia akan menentangnya

Teks Bahasa Arab

مَنْ جَهِلَ شَيْئًا عَادَاهُ.

Teks Bahasa Melayu

Siapa yang jahil tentang sesuatu, dia akan menentangnya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 182, hadis no. 330. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث. قال الشاعر: والمرء لا يزال عدوا لما جهلا.

Bukan hadis. Kata penyair: Dan seseorang itu akan terus menjadi musuh kepada apa yang dia jahil tentangnya.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.