Tidak Diketahui

30/06/2024

minit bacaan



Siapa yang ingkar terhadap Allah ketika bersendirian

Teks Bahasa Arab

مَنْ عَصَى اللَّهَ فِيْ غُرْبَتِهِ رَدَّهُ اللَّهُ خَائِبًا.

Teks Bahasa Melayu

Siapa yang ingkar terhadap Allah ketika bersendirian, Allah akan kembalikan dia dalam keadaan yang kecewa.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tidak Diketahui

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 189, hadis no. 350. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يعرف له أصل.

Tidak diketahui baginya asal.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.