Siapa yang dua harinya sama, maka dia adalah orang yang rugi

TEKS BAHASA ARAB

من استوى يوماه فهو مغبون، ومن كان يومه شرا من أمسه فهو ملعون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang dua harinya sama, maka dia adalah orang yang rugi dan siapa yang harinya lebih teruk daripada semalam maka dia adalah seorang yang dilaknat.

STATUS

Tidak Diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 174, hadis nombor 311. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يعرف إلا في منام عبد العزيز بن أبي رواد، قال: أوصاني به رسول الله صلى الله عليه وسلم في الرؤيا. بزيادة في آخره، رواه البيهقي.

Tidak diketahui (asalnya) melainkan dalam mimpi ‘Abd al-‘Aziz bin Abi Rawwad. Dia berkata: Rasulullah SAW telah mewasiatkanku dengannya dalam mimpi. Dengan tambahan pada akhirannya, diriwayatkan oleh al-Bayhaqi.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs