Siapa yang diminta untuk diredakan lalu dia tidak meredai

TEKS BAHASA ARAB

من استرضي فلم يرض فهو شيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang diminta untuk diredakan lalu dia tidak meredai maka dia adalah syaitan.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 173, hadis nombor 310. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام الشافعي بزيادة: ومن استغضب فلم يغضب فهو حمار.

Ia daripada kalam al-Shafi’e dengan tambahan: Siapa yang diminta marah lalu dia tidak marah maka dia adalah himar.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs