Siapa yang bercelak pada hari ‘Asyura

TEKS BAHASA ARAB

من اكتحل يوم عاشوراء بالإثمد، لم ترمد عينه أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang bercelak pada hari ‘Asyura dengan batu ithmid, matanya tidak akan rosak selamanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 175, hadis nombor 313. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، ابتدعه قتلة الحسين رضي الله عنه.

Palsu, ia telah direka oleh pembunuh-pembunuh al-Husayn RA.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs