Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ ساء خلُقُهُ عَذَّبَ نفسَهُ، ومَنْ كثُرَ همُّهُ سَقِمَ بدَنُهُ، ومَنْ لاحَى الرجالَ ذهبَتْ كرامَتُهُ، وسقطَتْ مُروءَتُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Siapa yang akhlaknya buruk, dia menyeksa diri sendiri. Dan siapa yang banyak keluh-kesah, badannya akan sakit. Dan siapa yang mengutuk para pemuda (yang mulia) maka kemuliaannya akan hilang dan maruahnya akan jatuh.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2010, hadis no. 10086. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من ساء خلقه عذب نفسه، ومن كثر همه سقم بدنه، ومن لاحى الرجال ذهبت كرامته، وسقطت مروءته. [طب، ((الضعيفة)) (2806)]
(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW berkat: Siapa yang akhlaknya buruk, dia menyeksa diri sendiri. Dan siapa yang banyak keluh-kesah, badannya akan sakit. Dan siapa yang mengutuk para pemuda (yang mulia) maka kemuliaannya akan hilang dan maruahnya akan jatuh. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabeer. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2806]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman