Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ من أمَّتي مَن لَو جاءَ أحدُكم فسأله دينارًا لم يعطِه، ولو سألَهُ درْهمًا لم يعطِه، ولو سألَهُ فِلْسًا لم يعطِه، ولو سألَ اللَّهَ الجنَّةَ لأعطاهُ اللهُ إيَّاها، ذو طمرينِ لا يؤبَهُ لَه، لو أقسمَ على اللَّهِ لأبرَّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya ada daripada umatku yang jika dia datang kepada salah seorang kepada kamu dan meminta satu dinar, tidak diberi kepadanya, dan jika dia meminta satu dirham maka tidak diberi kepadanya dan jika dia meminta satu sen juga tidak diberi kepadanya. Sekiranya dia meminta kepada Allah akan syurga, nescaya Allah akan beri kepadanya. Si miskin ini tidak dipedulikan, jika dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya Allah akan menerima sumpahnya
Sahabat Perawi
- Thauban RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1527, hadis no. 7764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Thauban RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ada daripada umatku yang jika dia datang kepada salah seorang kepada kamu dan meminta satu dinar, tidak diberi kepadanya, dan jika dia meminta satu dirham maka tidak diberi kepadanya dan jika dia meminta satu sen juga tidak diberi kepadanya. Sekiranya dia meminta kepada Allah akan syurga, nescaya Allah akan beri kepadanya. Si miskin ini tidak dipedulikan, jika dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya Allah akan menerima sumpahnya.” [Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5535)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman