Syawal, Zulqaedah dan Zulhijjah adalah bulan-bulan haji

TEKS BAHASA ARAB

شوال وذو القعدة وذو الحجة يعني أشهر الحج. وتلا قوله تعالى: الحج أشهر معلومات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syawal, Zulqaedah, dan Zulhijjah adalah bulan-bulan haji, Lalu Nabi SAW membacakan firman Allah Ta’ala: ‘Haji adalah bulan-bulan yang diketahui.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 3, hadis nombor 103. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه الطبراني في الأوسط (ج 2/ رقم 1607) وفي الصغير (1/ 66) وابن مردوية في تفسيره كما في ابن كثير. (1/ 206) من طريق محمد بن ثواب حدثنا حصين بن مخارق، حدثنا يونس ابن عبيد عن شهر بن حوشب، عن أبي أمامة مرفوعاًز فذكره. قال الطبراني: لم يروه عن يونس حصين بن مخلوق كوفي تفرد به محمد بن ثواب.
قلت: أما محمد بن ثواب الهباري، فقد وثقه ابن حبان، وقال ابن أبي حاتم صدوق ولكن العلة في حصين بن مخارق. فقد قال الدارقطني:يضع الحديث. وقال ابن الجوزىء في الضعفاء (ق 49/ 1) : وقال ابن حبان: لا يجوز الاحتجاج به وأخشى أن يكون اختلط على ابن الجوزىء بترجمة أخرى، فإن ابن حبان لم يترجم لحصين هذا في ضعفائه. فالله أعلم.

Mawdhu’ (Palsu). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat (juz 2/hadith : 1607), juga dalam al-Saghir (1/66), Ibn Mardawaih dalam Tafsir beliau sebagaimana dalam Ibn Kathir (1/206) melalui sanad Muhammad bin Thawab, katanya Husain bin Mukhariq telah menceriitakan kepada kami, katanya Yunus Ibn ‘Ubaid telah menceritakan kepada kami daripada Syarh bin Haushab daripada Abu Umamah secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Al-Tabarani berkata: Tidak diriwayatkannya daripada Yunus kecuali Husain bin Mukhariq, seorang Kufi. Muhammad bin Thawab bersendirian meriwayatkannya.
Saya berkata: Muhammad bin Thawab al-Hibari, beliau telah dinilai thiqah oleh Ibn Hibban. Ibn Abi Hatim pula berkata: Saduq. Namun, boleh jadi kecacatan terletak pada Husain bin Mukhariq. Al-Daraqutni berkata: Beliau memalsukan hadith. Ibn al-Jawzi berkata dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 49/1): Ibn Hibban berkata: Tidak boleh berhujjah dengan beliau. Saya risau sekiranya berlaku kecelaruan pada Ibn al-Jawzi dengan biografi perawi yang lain, kerana Ibn Hibban tidak pernah menyebutkan biografi Husain in dalam kitab Dhu’afa’ beliau. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs