Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شَهْوَةُ النِّسَاءِ تُضَاعِفُ عَلَى شَهْوَة الرِّجَال.
Teks Bahasa Melayu
Shahwat golongan wanita berganda berbanding shahwat golongan lelaki.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 49, hadis no. 190. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا يعرف بهذا اللفظ لكن في الحديث "فضلت المرأة على الرجل بتسعة وتسعين جزءا من اللذة ولكن الله أبقى عليها الحياء".
Tidak diketahui dengan lafaz ini, namun terdapat dalam hadith: "Golongan wanita telah dilebihkan sebanyak 99 bahagian kelazatan berbanding lelaki, namun Allah kekalkan perasaan malu terhadapnya".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman