Sewaktu Rasulullah SAW sakit baginda bersabda: Bawakanlahku kitab dan dakwat pen

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما مرض النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((ادعوا لي بصحيفة و دواة، أكتب لكم كتابا لا تضلون بعدي أبدا)). فكرهنا ذلك أشد الكراهة ثم قال‏:‏ ‏((ادعوا لي بصحيفة أكتب لكم كتاباً لا تضلوا بعده أبدا‏‏)).‏ فقال النسوة من وراء الستر‏:‏ ألا يسمعون ما يقول رسول الله صلى الله عليه وسلم‏؟‏ فقلت‏:‏ إنكن صواحبات يوسف، إذا مرض رسول الله صلى الله عليه وسلم عصرتن أعينكن، وإذا صح ركبتن رقبته‏.‏ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ ‏((‏دعوهن فإنهن خير منكم)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sewaktu Rasulullah SAW sakit, baginda bersabda: "Bawakanlahku kitab dan dakwat. Aku akan tuliskan suatu kitab untuk kalian dan kalian tidak akan sesat selepas ketiadaanku." Kami sangat tidak senang dengan permintaan itu. Kemudian baginda meminta lagi: "Bawakanlahku kitab dan dakwat. Aku akan tuliskan suatu kitab untuk kalian dan kalian tidak akan sesat selepas ketiadaanku." Tiba-tiba, isteri-isteri (Nabi) bersuara dari balik tabir: "Adakah kalian tidak mendengar apa yang Rasulullah SAW minta?" Maka aku menjawab: "Sesungguhnya kamu semua semisal perempuan-perempuan pada zaman Nabi Yusuf! Sewaktu Rasulullah SAW sakit, kamu semua buat-buat tidak nampak. Tetapi apabila baginda sihat kamu akan mempergunakannya." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Biarkan mereka, sesungguhnya mereka lebih baik daripada kalian."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1869, hadis nombor 9423. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمر ابن الخطاب رضي الله عنه قال: لما مرض النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((ادعوا لي بصحيفة و دواة، أكتب لكم كتابا لا تضلون بعدي أبدا)). فكرهنا ذلك أشد الكراهة ثم قال‏:‏ ‏((ادعوا لي بصحيفة أكتب لكم كتاباً لا تضلوا بعده أبدا‏‏)).‏ فقال النسوة من وراء الستر‏:‏ ألا يسمعون ما يقول رسول الله صلى الله عليه وسلم‏؟‏ فقلت‏:‏ إنكن صواحبات يوسف، إذا مرض رسول الله صلى الله عليه وسلم عصرتن أعينكن، وإذا صح ركبتن رقبته‏.‏ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ ‏((‏دعوهن فإنهن خير منكم)). [طس، {الضعيفة}(٤٩٧١)]

(Munkar) Daripada Umar al-Khattab RA berkata: Sewaktu Rasulullah SAW sakit, baginda bersabda: "Bawakanlahku kitab dan dakwat. Aku akan tuliskan suatu kitab untuk kalian dan kalian tidak akan sesat selepas ketiadaanku." Kami sangat tidak senang dengan permintaan itu. Kemudian baginda meminta lagi: "Bawakanlahku kitab dan dakwat. Aku akan tuliskan suatu kitab untuk kalian dan kalian tidak akan sesat selepas ketiadaanku." Tiba-tiba, isteri-isteri (Nabi) bersuara dari balik tabir: "Adakah kalian tidak mendengar apa yang Rasulullah SAW minta?" Maka aku menjawab: "Sesungguhnya kamu semua semisal perempuan-perempuan pada zaman Nabi Yusuf! Sewaktu Rasulullah SAW sakit, kamu semua buat-buat tidak nampak. Tetapi apabila baginda sihat kamu akan mempergunakannya." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Biarkan mereka, sesungguhnya mereka lebih baik daripada kalian." [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4971]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.