Sewaktu Rasulullah SAW mempersaudarakan para sahabat dari Muhajirin dan Ansar

TEKS BAHASA ARAB

لما آخى النبي صلى الله عليه وسلم بين أصحابه المهاجرين والأنصار فلم يؤاخ بين علي بن أبي طالب وبين أحد منهم، خرج علي رضي الله عنه مغضبا حتى أتى جدولا من الأرض فتوسد ذراعه فنسف عليه الريح، فطلبه النبي صلى الله عليه وسلم حتى وجده فوكزه برجله فقال له: قم، فما صلحت إلا أن تكون أبا تراب، أغضبت علي حين وآخيت بين المهاجرين والأنصار ولم أواخ بينك وبين أحد منهم؟ أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه ليس بعدي نبي، ألا من أحبك حف بالأمن والايمان؛ ومن أبغضك أماته الله ميتة جاهلية، وحوسب بعمله في الإسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sewaktu Rasulullah SAW mempersaudarakan para sahabat dari Muhajirin dan Ansar, baginda tidak mempersaudarakan antara Ali bin Abu Talib dengan salah seorang dari mereka. Ali RA keluar dengan penuh marah sehinggalah dia tiba di sebuah sungai kecil. Lalu dia berbaring di atas lengannya. Angin bertiup ke arahnya. Nabi SAW mencari-carinya sehinggalah terjumpa dengannya. Baginda lalu mencuit dengan kakinya dan bersabda: "Bangun, engkau tidak akan menjadi baik melainkan engkau menjadi Abu Turab. Adakah engkau marah kepadaku ketika aku mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar dan tidak mempersaudarakan engkau dengan sesiapa pun dari kalangan mereka? Tidakkah engkau reda menjadi sebahagian dariku seperti kedudukan Harun pada Musa; melainkan tiada nabi selepas aku?! Ketahuilah bahawa sesiapa yang mencintai engkau dia akan dikelilingi dengan keamanan dan keimanan. Sesiapa yang memarahi engkau, Allah akan mematikannya dalam keadaan jahiliah. Amalannya sewaktu Islam akan dihisab."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1870, hadis nombor 9428. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: لما آخى النبي صلى الله عليه وسلم بين أصحابه المهاجرين والأنصار فلم يؤاخ بين علي بن أبي طالب وبين أحد منهم، خرج علي رضي الله عنه مغضبا حتى أتى جدولا من الأرض فتوسد ذراعه فنسف عليه الريح، فطلبه النبي صلى الله عليه وسلم حتى وجده فوكزه برجله فقال له: قم، فما صلحت إلا أن تكون أبا تراب، أغضبت علي حين وآخيت بين المهاجرين والأنصار ولم أواخ بينك وبين أحد منهم؟ أما ترضى أن تكون مني بمنزلة هارون من موسى إلا أنه ليس بعدي نبي، ألا من أحبك حف بالأمن والايمان؛ ومن أبغضك أماته الله ميتة جاهلية، وحوسب بعمله في الإسلام. [طب، ((الضعيفة)) (4936)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA: Sewaktu Rasulullah SAW mempersaudarakan para sahabat dari Muhajirin dan Ansar, baginda tidak mempersaudarakan antara Ali bin Abu Talib dengan salah seorang dari mereka. Ali RA keluar dengan penuh marah sehinggalah dia tiba di sebuah sungai kecil. Lalu dia berbaring di atas lengannya. Angin bertiup ke arahnya. Nabi SAW mencari-carinya sehinggalah terjumpa dengannya. Baginda lalu mencuit dengan kakinya dan bersabda: "Bangun, engkau tidak akan menjadi baik melainkan engkau menjadi Abu Turab. Adakah engkau marah kepadaku ketika aku mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar dan tidak mempersaudarakan engkau dengan sesiapa pun dari kalangan mereka? Tidakkah engkau reda menjadi sebahagian dariku seperti kedudukan Harun pada Musa; melainkan tiada nabi selepas aku?! Ketahuilah bahawa sesiapa yang mencintai engkau dia akan dikelilingi dengan keamanan dan keimanan. Sesiapa yang memarahi engkau, Allah akan mematikannya dalam keadaan jahiliah. Amalannya sewaktu Islam akan dihisab." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4936]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs