Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Setitis daripada dakwat seorang alim lebih disukai oleh Allah SWT

Teks Bahasa Arab

نُقْطَةٌ مِنْ دَوَاةِ عَالِمٍ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ عَرَقِ مِئَةِ ثَوْبِ شَهِيْدٍ.

Teks Bahasa Melayu

Setitis daripada dakwat seorang alim lebih disukai oleh Allah SWT daripada peluh 100 baju orang syahid.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 203, hadis no. 386. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع رتني، كذا في ((الذيل)).

Palsu daripada Ratan al-Hindi. Beginilah dalam kitab al-Zayl.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.