Munkar dengan tambahan ayat: Memberi minum anak kecil

30/06/2024

minit bacaan



Setiap yang menutup (akal) itu ialah arak dan setiap yang memabukkan itu adalah haram

Teks Bahasa Arab

كُلُّ مُخَمِّرٍ خَمْرٌ، وَكُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ، وَمَنْ شَرِبَ مُسْكِراً، بُخِسَتْ صَلَاتُهُ أَرْبَعِينَ صَبَاحاً، فَإِنْ تَابَ، تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ، فَإِنْ عَادَ الرَّابِعَةَ، كَانَ حَقّاً عَلَى اللَّهِ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ. قِيلَ: وَمَا طِينَةُ الْخَبَالِ؟ قَالَ: صَدِيدُ أَهْلِ النَّارِ. وَمَنْ سَقَاهُ صَغِيراً لَا يَعْرِفُ حَلَالَهُ مِنْ حَرَامِهِ، كَانَ حَقّاً عَلَى اللَّهِ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap yang menutup (akal) itu ialah arak dan setiap yang memabukkan itu adalah haram. Barang siapa yang minum sesuatu yang memabukkan, nescaya rugilah solatnya selama empat puluh pagi. Sekiranya dia bertaubat, nescaya Allah akan menerima taubatnya. Namun sekiranya dia kembali melakukannya buat kali yang keempat, nescaya Allah berhak memberinya minum lumpur kebinasaan. Ditanyakan: Apakah itu lumpur kebinasaan? Baginda bersabda: Nanah penghuni neraka. Barang siapa yang memberi minum arak kepada kanak-kanak yang tidak tahu (membezakan) yang halal dari yang haram, nescaya Allah berhak memberinya minum lumpur kebinasaan itu.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar dengan tambahan ayat: Memberi minum anak kecil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 427, hadis no. 2302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بجملة: (إسقاء الصغير)) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - عن النبي ﷺ: «كل مخمر خمر، وكل مسكر حرام، ومن شرب مسكرا، بخست صلاته أربعين صباحا، فإن تاب، تاب الله عليه، فإن عاد الرابعة، كان حقا على الله أن يسقيه من طينة الخبال. قيل: وما طينة الخبال؟ قال: صديد أهل النار. ومن سقاه صغيرا لا يعرف حلاله من حرامه، كان حقا على الله أن يسقيه من طينة الخبال». [د، هق، ابن عبد البر، «الضعيفة» (6328)].

(Munkar Dengan Ayat "memberi minum kanak-kanak") Daripada Ibn ‘Abbas RA, daripada Nabi ﷺ: Setiap yang menutup (akal) itu ialah arak dan setiap yang memabukkan itu adalah haram. Barang siapa yang minum sesuatu yang memabukkan, nescaya rugilah solatnya selama empat puluh pagi. Sekiranya dia bertaubat, nescaya Allah akan menerima taubatnya. Namun sekiranya dia kembali melakukannya buat kali yang keempat, nescaya Allah berhak memberinya minum lumpur kebinasaan. Ditanyakan: Apakah itu lumpur kebinasaan? Baginda bersabda: Nanah penghuni neraka. Barang siapa yang memberi minum arak kepada kanak-kanak yang tidak tahu (membezakan) yang halal dari yang haram, nescaya Allah berhak memberinya minum lumpur kebinasaan itu. [Riwayat Sunan Abī Dāwud, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan Ibn ‘Abd al-Barr. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6328].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.