Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Setiap yang masuk itu memeranjatkan

Teks Bahasa Arab

لِكُلِّ دَاخِلٍ دَهْشَةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap yang masuk itu memeranjatkan.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 75, hadis no. 315. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

يروى عن ابن عباس أنه قال: لكل داخل برقة. قال الخطبي: البرقة الدهشة.

Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas bahawa beliau berkata: "Bagi setiap yang masuk itu burqah". Al-Khattabi berkata: "al-Burqah adalah memeranjatkan".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.