Setiap yang kedua pasti ada yang ketiga

TEKS BAHASA ARAB

كل ثان لا بد له من ثالث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap yang kedua pasti ada yang ketiga.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 70, hadis nombor 287. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

عادة أغلبية وليس بحديث، وكذلك قولهم ما ثني شيء إلا وثلث.

Kebiasaan yang banyak berlaku, ia bukanlah hadith, demikian juga kata-kata mereka: "Tidaklah sesuatu itu dua, melainkan adanya yang tiga".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.