Setiap wanita yang mengahwinkan dirinya tanpa pengetahuan walinya adalah penzina

TEKS BAHASA ARAB

أيما امرأة زوجت نفسها من غير ولي فهي زانية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap wanita yang mengahwinkan dirinya tanpa pengetahuan walinya adalah penzina.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 935, hadis nombor 4812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أيما امرأة زوجت نفسها من غير ولي فهي زانية)).
[خط، ((الضعيفة)) (3362)].

(Palsu)
Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap wanita yang mengahwinkan dirinya tanpa pengetahuan walinya adalah penzina.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3362].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.