Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيما امرأةً زوَّجتْ نَفْسَهَا من غير وليٍّ فهيَ زانيةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap wanita yang mengahwinkan dirinya tanpa pengetahuan walinya adalah penzina.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 935, hadis no. 4812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه - مرفوعا: أيما امرأة زوجت نفسها من غير ولي فهي زانية. [خط، الضعيفة (3362)].
(Palsu) Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap wanita yang mengahwinkan dirinya tanpa pengetahuan walinya adalah penzina. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3362].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman