Musibah-musibah dan kesakitan-kesakitan itu lebih cepat dalam dosa seseorang hamba

TEKS BAHASA ARAB

للمصيبات والأوجاع أسرع في ذنوب العبد مني في هذه الشجرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Musibah-musibah dan kesakitan-kesakitan itu lebih cepat dalam dosa seseorang hamba daripadaku berbanding dengan pokok ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2030, hadis nombor 10212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: أتى رسول اللهﷺ شجرة، فهزها حتى تساقط ورقها، ثم قال: للمصيبات والأوجاع أسرع في ذنوب العبد مني في هذه الشجرة.
[ع، ابن أبي الدنيا، ((الضعيفة)) (4996)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, berkata: Telah datang Rasulullah SAW ke satu pokok, kemudian dia menggoncangkan pokok itu sehingga daun-daun pokok itu gugur, dan bersabda: Musibah-musibah dan kesakitan-kesakitan itu lebih cepat dalam dosa seseorang hamba daripadaku berbanding dengan pokok ini.
[Riwayat Abu Ya’la, Ibn Abu Dunya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4996]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs