Setiap tanda pada manusia itu perlukan solat

TEKS BAHASA ARAB

على كل ميسم من الإنسان صلاة، فقال رجل من القوم: هذا شديد ومن يطيق هذا؟ قال: أمر بالمعروف ونهي عن المنكر صلاة، وإن حملا عن الضعيف صلاة، وإن كل خطوة يخطوها أحدكم إلى صلاة صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagi setiap tanda pada manusia itu perlukan solat. Seseorang dalam satu kaum bertanya: Ini berat, siapakah yang mampu melaksanakannya? Baginda menjawab: Suruhan melakukan kebaikan dan mencegah kepada perkara yang munkar adalah solat, membawa orang yang lemah adalah solat, setiap langkah seseorang kamu melangkah untuk solat adalah solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1416 – 1417, hadis nombor 7188. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: على كل ميسم من الإنسان صلاة، فقال رجل من القوم: هذا شديد ومن يطيق هذا؟ قال: أمر بالمعروف ونهي عن المنكر صلاة، وإن حملا عن الضعيف صلاة، وإن كل خطوة يخطوها أحدكم إلى صلاة صلاة.
[ع، ابن خزيمة، البزار في ((جز من حديثه))، ابن مردويه في ((ثلاثة مجالس من الأمالي))، ((الضعيفة)) (1076)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Bagi setiap tanda pada manusia itu perlukan solat. Seseorang dalam satu kaum bertanya: Ini berat, siapakah yang mampu melaksanakannya? Baginda menjawab: Suruhan melakukan kebaikan dan mencegah kepada perkara yang munkar adalah solat, membawa orang yang lemah adalah solat, setiap langkah seseorang kamu melangkah untuk solat adalah solat.
[Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad, Ibn Khuzaimah, al-Bazzar dalam Juz Min Hadithihi dan Ibn Mardawaih dalam Thalathath Majalis Min al-Amali. Lihat Silsilah al-Dha'ifah, no. 1076]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs