Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Setiap tahun kamu akan semakin rendah dan hina

Teks Bahasa Arab

حديث: "كُلُّ عَامٍ تُرْذَلُونَ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Setiap tahun kamu akan semakin rendah dan hina.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud
  2. al-Hassan al-Basri

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 287, hadis no. 51. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

روى من كلام الحسن البصري، ومعناه في البخاري بلفظ: لا يأتي عليكم زمان إلا والذي بعده شر منه حتى تلقو ربكم. وروى ذلك من قول ابن مسعود.

Diriwayatkan daripada kata-kata al-Hasan al-Basri. Dan maknanya ada dalam riwayat al-Bukhari dengan lafaz, "tidak akan datang kepadamu satu zaman, melainkan selepasnya lebih buruk daripadanya, sehinggalah kamu bertemu tuhanmu". Juga ada riwayat daripada kata-kata Ibn Mas’ud

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.