Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Setiap tahun kalian akan jadi hina

Teks Bahasa Arab

كُلُّ عَامٍ تَرْذُلُونَ مِنْ كَلامِ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap tahun kalian akan jadi hina.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 136, hadis no. 228. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام الحسن البصري. وبمعناه الحديث الذي رواه البخاري بلفظ: لا يأتي عليكم زمان إلا والذي بعده شر منه، حتى تلقوا ربكم. وروي نحو ذلك من قول ابن مسعود، قال: ولا أعني أميرا خيرا من أمير، ولا عاما خيرا من عام، ولكن علماؤكم وفقهاؤكم يذهبون، ثم لا تجدون منهم خلفا، ويجيء قوم يفتون برأيهم. وفي لفظ: وما ذاك بكثرة الأمطار وقلتها، ولكن بذهاب العلماء.

Ia adalah daripada kata-kata al-Hasan al-Basri dan dengan maksud yang sama ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan lafaz: Tidak akan sampai kepada kalian satu zaman melainkan yang selepasnya lebih teruk daripadanya hinggalah kalian bertemu tuhan kalian. Dan diriwayatkan seumpamanya daripada kata-kata Ibn Mas‘ud. Dia berkata: Aku tidak maksudkan seorang ketua yang lebih baik dari seorang ketua dan tidak juga satu tahun lebih baik dari satu tahun. Akan tetapi para ulama’ dan fuqaha’ kalian sedang pergi (meninggalkan kalian), kemudian kalian tidak temui pengganti daripada mereka dan datanglah satu kaum yang berfatwa dengan pandangan mereka. Dan dalam satu lafaz: Dan bukanlah ia, dengan banyak atau kurangnya hujan, akan tetapi dengan perginya ulama’.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.