Setiap sesuatu yang diperap itu merupakan arak, dan setiap sesuatu yang memabukkan itu haram

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كل مخمر خمر وكل مسكر حرام ومن شرب مسكرا بخست صلاته أربعين صباحا فإن تاب تاب الله عليه فإن عاد الرابعة كان حقا على الله أن يسقيه من طينة الخبال. قيل وما طينة الخبال؟ قال: صديد أهل النار ومن سقاه صغيرا لا يعرف حلاله من حرامه كان حقا على الله أن يسقيه من طينة الخبال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap sesuatu yang diperap itu merupakan arak, dan setiap sesuatu yang memabukkan itu haram. Barang siapa yang minum sesuatu yang memabukkan, dikurangkan (ganjaran) solatnya selama empat puluh pagi. Sekiranya dia bertaubat, Allah akan memberikan keampunan kepadanya dan sekiranya dia mengulangi hal itu bagi kali yang keempat, maka Allah berhak untuk memberinya minum daripada Tinah al-Khabal. Lalu Baginda ditanya: Apakah Tinah al-Khabal itu? Baginda menjawab: Ia adalah nanah penduduk neraka. Barang siapa yang meminumnya (yakni arak) walaupun dia tidak mengetahui halalnya dari haramnya, Allah berhak untuk memberinya minum daripada lumpur kebinasaan itu.

STATUS

Munkar dengan ayat ‘minuman yang sikit’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1559, hadis nombor 7900. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بجملة: (إسقاء الضعير)) عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما- عن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((كُلُّ مُخَمِّرٍ خَمْرٌ، وَكُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ، وَمَنْ شَرِبَ مُسْكِراً، بُخِسَتْ صَلَاتُهُ أَرْبَعِينَ صَبَاحاً، فَإِنْ تَابَ، تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ، فَإِنْ عَادَ الرَّابِعَةَ، كَانَ حَقّاً عَلَى اللَّهِ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ)). قِيلَ: وَمَا طِينَةُ الْخَبَالِ؟ قَالَ: ((صَدِيدُ أَهْلِ النَّارِ. وَمَنْ سَقَاهُ صَغِيراً لَا يَعْرِفُ حَلَالَهُ مِنْ حَرَامِهِ، كَانَ حَقّاً عَلَى اللَّهِ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ)). [د، هق، ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6328)]

(Munkar dengan ayat ‘minuman yang sikit’)
Daripada Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Setiap sesuatu yang diperap itu merupakan arak, dan setiap sesuatu yang memabukkan itu haram. Barang siapa yang minum sesuatu yang memabukkan, dikurangkan (ganjaran) solatnya selama empat puluh pagi. Sekiranya dia bertaubat, Allah akan memberikan keampunan kepadanya dan sekiranya dia mengulangi hal itu bagi kali yang keempat, maka Allah berhak untuk memberinya minum daripada Tinah al-Khabal. Lalu Baginda ditanya: Apakah Tinah al-Khabal itu? Baginda menjawab: Ia adalah nanah penduduk neraka. Barang siapa yang meminumnya (yakni arak) walaupun dia tidak mengetahui halalnya dari haramnya, Allah berhak untuk memberinya minum daripada lumpur kebinasaan itu.
[Riwayat Sunan Abi Dawud, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan Ibn Abd al-Bar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6328]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.