Setiap sesuatu yang menutup akal itu adalah arak, setiap yang memabukkan itu adalah arak

TEKS BAHASA ARAB

كل مخمر خمر، وكل مسكر حرام، ومن شرب مسكرا، بخست صلاته أربعين صباحا، فإن تاب، تاب الله عليه، فإن عاد الرابعة، كان حقا على الله أن يسقيه من طينة الخبال. قيل: وما طينة الخبال؟ قال: صديد أهل النار. ومن سقاه صغيرا لا يعرف حلاله من حرامه، كان حقا على الله أن يسقيه من طينة الخبال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap sesuatu yang menutup akal itu adalah arak, setiap yang memabukkan itu adalah arak. Sesiapa yang minum sesuatu yang memabukkan, ditolak solatnya selama 40 hari. Jika dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Jika dia mengulanginya buat kali keempat, Allah berhak memberi dia minum dari Tinah al-Khabal.” Dikatakan: Apakah itu Tinah al-Khabal? Baginda bersabda: Nanah ahli neraka, sesiapa yang diberi minum kepada yang kecil yang masih tidak mengetahui apa yang halal dari yang haram, Allah berhak memberinya minum dari Tinah al-Khabal.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 816, hadis nombor 4201. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بجملة: (إسقاء الصغير)) عن ابن عباس –رضي الله عنهما- عن النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((كل مخمر خمر، وكل مسكر حرام، ومن شرب مسكرا، بخست صلاته أربعين صباحا، فإن تاب، تاب الله عليه، فإن عاد الرابعة، كان حقا على الله أن يسقيه من طينة الخبال. قيل: وما طينة الخبال؟ قال: صديد أهل النار. ومن سقاه صغيرا لا يعرف حلاله من حرامه، كان حقا على الله أن يسقيه من طينة الخبال)).
[د، هق، ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6328)]

(Munkar dengan penambahan memberi minum kepada yang kecil) Daripada Ibn Abbas RA daripada Nabi SAW: “Setiap sesuatu yang menutup akal itu adalah arak, setiap yang memabukkan itu adalah arak. Sesiapa yang minum sesuatu yang memabukkan, ditolak solatnya selama 40 hari. Jika dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Jika dia mengulanginya buat kali keempat, Allah berhak memberi dia minum dari Tinah al-Khabal.” Dikatakan: Apakah itu Tinah al-Khabal? Baginda bersabda: “Nanah ahli neraka, sesiapa yang diberi minum kepada yang kecil yang masih tidak mengetahui apa yang halal dari yang haram, Allah berhak memberinya minum dari Tinah al-Khabal.”
[Riwayat Sunan Abu Dawud, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra dan Ibn Abd al-Barr dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6328]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs