Setiap sesuatu mempunyai kunci dan kunci bagi langit-langit

TEKS BAHASA ARAB

لكل شيء مفتاح، ومفتاح السماوات قول: لا إله إلا الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap sesuatu mempunyai kunci dan kunci bagi langit-langit ialah ucapan: ‘Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah’.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1449, hadis nombor 7370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن معقل بن يسار -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لكل شيء مفتاح، ومفتاح السماوات قول: لا إله إلا الله)). [طب، ((الضعيفة)) (2605)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ma‘qil bin Yasār RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap sesuatu mempunyai kunci dan kunci bagi langit-langit ialah ucapan: ‘Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah’.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2605].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs