Setiap sesuatu itu adalah kemuliaan dan kemuliaan majlis adalah menghadap ke arah kiblat

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شيء شرفا، وإن أشرف المجالس ما استقبل به القبلة، ومن نظر في كتاب أخيه عن غير أمره؛ فكأنما ينظر في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu adalah kemuliaan dan kemuliaan majlis adalah menghadap ke arah kiblat. Dan siapa yang melihat pada buku milik saudaranya tanpa kehendaknya adalah seperti melihat ke dalam neraka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1284, hadis nombor 6577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إن لكل شيء شرفا، وإن أشرف المجالس ما استقبل به القبلة، ومن نظر في كتاب أخيه عن غير أمره؛ فكأنما ينظر في النار.
[ طب، ك، ((الضعيفة)) (5218)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu adalah kemuliaan dan kemuliaan majlis adalah menghadap ke arah kiblat. Dan siapa yang melihat pada buku milik saudaranya tanpa kehendaknya adalah seperti melihat ke dalam neraka.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5218]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs