Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لكلِّ شيءٍ شرفًا، وإنَّ أشرفَ المجالسِ ما استُقبِلَ بهِ القبلةَ، ومن نظر في كتابِ أخيهِ عن غيرِ أمرِهِ؛ فكأنما ينظرُ في النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu adalah kemuliaan dan kemuliaan majlis adalah menghadap ke arah kiblat. Dan siapa yang melihat pada buku milik saudaranya tanpa kehendaknya adalah seperti melihat ke dalam neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1284, hadis no. 6577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إن لكل شيء شرفا، وإن أشرف المجالس ما استقبل به القبلة، ومن نظر في كتاب أخيه عن غير أمره؛ فكأنما ينظر في النار. [ طب، ك، ((الضعيفة)) (5218)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu adalah kemuliaan dan kemuliaan majlis adalah menghadap ke arah kiblat. Dan siapa yang melihat pada buku milik saudaranya tanpa kehendaknya adalah seperti melihat ke dalam neraka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5218]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman