Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri, dan zakat kepada anggota badan kita adalah puasa

TEKS BAHASA ARAB

لكل شيء زكاة، وزكاة الجسد الصوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri, dan zakat kepada anggota badan kita adalah puasa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1133, hadis nombor 5713. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
«لكل شيء زكاة، وزكاة الجسد الصوم». روي من حديث أبي هريرة وسهل بن سعد -رضي الله عنهما-.
[وكيع، ش، ه، عد، الكلاباذي في «مفتاح المعاني»، أبو مخلد في «المنتقى من أحاديثه»، طب، ابن الجوزي في «الأحاديث الواهية»،«الضعيفة» (1329)].

(Lemah)
“Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri, dan zakat kepada anggota badan kita adalah puasa”. Hadis ini telah diriwayatkan daripada dua Riwayat iaitu diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Sahl bin Sa’ad RA.
[Riwayat Waki’, Abu Syaibah dalam Musannaf Abi Syaibah, Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani, Abu Makhlid dalam al-Muntaqa min Ahadithihi, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Jawzi dalam al-Ahadith al-Wahiyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1329].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs