Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Setiap sesuatu itu ada zakatnya,maka zakat bagi sesebuah rumah adalah rumah tamu

Teks Bahasa Arab

حديث: لكل شيء زكاة وزكاة الدار بيت الضيافة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Setiap sesuatu itu ada zakatnya, maka zakat bagi sesebuah rumah adalah rumah tamu(bilik tetamu).

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 61, hadis no. 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: وضعه أحمد بن عثمان أو شيخه.

Al-Suyuti berkata di dalam kitabnya al-Zail: Ahmad bin Uthman atau gurunya telah mencipta hadith ini.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.