Setiap sesuatu itu ada kemuliannya dan kemuliaan bagi solat adalah takbir yang pertama

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لكل شيء صفوة، وصفوة الصلاة التكبيرة الأولى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap sesuatu itu ada kemuliannya dan kemuliaan bagi solat adalah takbir yang pertama.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 295, hadis nombor 1557. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لكل شيء صفوة، وصفوة الصلاة التكبيرة الأولى)).
[عق، ((الضعيفة)) (4323)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap sesuatu itu ada kemuliannya dan kemuliaan bagi solat adalah takbir yang pertama.
[Riwayat al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh al-‘Uqaili. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4323]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.