Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لكل شيءٍ صفوةٌ، وصفوةُ الصلاةِ التكبيرةُ الأولى.
Teks Bahasa Melayu
Setiap sesuatu itu ada kemuliannya dan kemuliaan bagi solat adalah takbir yang pertama.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 295, hadis no. 1557. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لكل شيء صفوة، وصفوة الصلاة التكبيرة الأولى)). [عق، ((الضعيفة)) (4323)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap sesuatu itu ada kemuliannya dan kemuliaan bagi solat adalah takbir yang pertama. [Riwayat al-Dhu’afa’ al-Kabir oleh al-‘Uqaili. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4323]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman