TEKS BAHASA ARAB
كل شيء للرجل حل من المرأة في صيامه ما خلا ما بين رجليها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Setiap sesuatu bagi lelaki yang melibatkan isteri dibolehkan ketika dia sedang berpuasa melainkan apa yang berada di antara kedua kaki isterinya (berjimak).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1143, hadis nombor 5777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها. قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: كل شيء للرجل حل من المرأة في صيامه ما خلا ما بين رجليها. [الخولاني في تاريخ داريا، ابن عساكر، الضعيفة (4110)]
(Lemah) Daripada Aisyah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap sesuatu bagi lelaki yang melibatkan isteri dibolehkan ketika dia sedang berpuasa melainkan apa yang berada di antara kedua kaki isterinya (berjimak). [Riwayat al-Khawlani dalam Tarikh Darya dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4110]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.