Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُلُّ شَيْءٍ للرَجُلِ حلٌّ من المرأةِ في صِيَامِهِ مَا خَلاَ مَا بَيْنَ رِجْلَيْهَا.
Teks Bahasa Melayu
Setiap sesuatu bagi lelaki yang melibatkan isteri dibolehkan ketika dia sedang berpuasa melainkan apa yang berada di antara kedua kaki isterinya (berjimak).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1143, hadis no. 5777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها. قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: كل شيء للرجل حل من المرأة في صيامه ما خلا ما بين رجليها. [الخولاني في تاريخ داريا، ابن عساكر، الضعيفة (4110)]
(Lemah) Daripada Aisyah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap sesuatu bagi lelaki yang melibatkan isteri dibolehkan ketika dia sedang berpuasa melainkan apa yang berada di antara kedua kaki isterinya (berjimak). [Riwayat al-Khawlani dalam Tarikh Darya dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4110]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman