Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Setiap sesuatu ada zakat

Teks Bahasa Arab

لِكُلِّ شَيْءٍ زَكَاةٌ وَزَكَاةُ الدَّارِ بَيْتُ الضِّيَافَةِ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap sesuatu ada zakat, zakat bagi sesebuah rumah adalah melayan tetamu.

Sahabat Perawi

  1. Thabit RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 67, hadis no. 372. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia melalui riwayat Ahmad bin 'Uthman al-Nahrawani daripada 'Abdullah bin 'Abdul Quddus daripada Abu Soleh al-Karkhi, al-Naqqash berkata dalam kitab Mawdhu'at beliau: Salah seorang daripada mereka berdua telah memalsukannya.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.