Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Setiap sesuatu ada perhiasan, perhiasan bagi al-Qur'an adalah suara yang merdu

Teks Bahasa Arab

لكلِّ شيءٍ حِليَةٌ، وحِليَةُ القرآنِ الصَّوتُ الحسَنُ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap sesuatu ada perhiasan, perhiasan bagi al-Qur'an adalah suara yang merdu.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1483, hadis no. 7573. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لكل شيء حلية، وحلية القرآن الصوت الحسن)). [((الضعيفة)) (4322)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap sesuatu ada perhiasan, perhiasan bagi al-Qur'an adalah suara yang merdu. [Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4322]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.