Batil

30/06/2024

minit bacaan



Setiap sesuatu ada asas dan asas bagi iman adalah warak

Teks Bahasa Arab

لِكُلِّ شَيْءٍ أُسٌّ وَأُسُّ الإِيْمَانِ الوَرَعُ وَلِكُلِّ شَيْءٍ فَرْعٌ وَفَرْعُ الإِيمَانِ الصَّبْرُ وَلِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامٌ وَسَنَامُ هَذِهِ الأُمَّةِ عَمِّي الْعَبَّاسُ وَلِكُلِّ شَيْءٍ سِبْطٌ وَسِبْطُ هَذِهِ الأُمَّةِ الحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ وَلِكُلِّ شَيْءٍ جَنَاحٌ وَجَنَاحُ هذه الأُمَّةِ أبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَلِكُلِّ شَيْءٍ مِجَنٌّ وَمِجَنُّ هَذِهِ الأُمَّةِ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap sesuatu ada asas dan asas bagi iman ialah warak. Setiap sesuatu ada cabang dan cabang bagi iman ialah sabar. Setiap sesuatu ada puncak, puncak bagi umat ini ialah bapa saudaraku al-'Abbas. Setiap sesuatu ada cucu dan cucu bagi umat ini ialah al-Hasan dan al-Husain. Setiap sesuatu ada sayap dan sayap bagi umat ini adalah Abu Bakr dan 'Umar. Setiap sesuatu ada perisai dan perisai bagi umat ini ialah 'Ali bin Abu Talib.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 66, hadis no. 371. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Setiap sesuatu ada penyakit dan penyakit bagi agama ini adalah para pendusta atas nama Rasulullah SAW. Sesungguhnya pendustaan yang bodoh ini orang-orang berakal takut untuk mengucapkannya, apalagi bagi penghulu bagi orang-orang yang fasih SAW. Peliknya bagi orang yang memasukkan hadith batil seperti ini dengan anggapan ia hadith yang sahih. Beliau turut menisbahkan hadith tersebut kepada al-Khatib dan Ibn 'Asakir dalam Tarikh mereka berdua daripada Ibn 'Abbas.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.