Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُلَّمَا طَالَ عُمُرُ المسلمِ؛ كانَ خَيْراً لَه.
Teks Bahasa Melayu
Setiap pertambahan umur seorang muslim itu adalah kebaikan buatnya.
Sahabat Perawi
- Amru bin Auf
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1759, hadis no. 8857. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada ‘Auf bin Malik RA beliau berkata: “Wahai Ta'un! Ambillah aku kepadamu (jadikanlah ta'un sebab kematianku). Mereka berkata: "Tidakkah kamu mendengar Rasulullah SAW pernah berkata: ((Setiap pertambahan umur seorang muslim itu adalah kebaikan buatnya.)) Dia berkata: "Ya, tetapi aku takut akan enam perkata: "Orang bodoh yang memerintah, penjualan hukum (rasuah), pertumpahan darah, silaturrahim yang diputuskan, banyaknya pembantu pemimpin zalim dan munculnya golongan yang menjadikan al-Quran seperti seruling.” [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musannafnya dan al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5652, 5915].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman