Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Setiap perkara yang mempunyai kepentingan tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim

Teks Bahasa Arab

كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لاَ يُبْدَأُ فِيهِ بـ {بِسْمِ اللِه الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ} أَقْطَعُ.

Teks Bahasa Melayu

Setiap perkara yang mempunyai kepentingan tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, maka ia terpotong.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 62, hadis no. 347. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith dengan lafaz Basmalah adalah palsu seperti yang telah saya jelaskan dalam kitab al-Isti'azah Wa al-Hasbalah Mimman Sahhaha Hadith al-Basmalah dengan diminta dilakukan semakan ulangkaji melalui kitab tersebut, ia telah pun dicetak. Riwayat yang sahih hanyalah riwayat dengan menyebutkan Hamdalah.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.