Setiap perkara yang menyedihkan orang mukmin, ia adalah musibah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كل شئ ساء المؤمن، فهو مصيبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap perkara yang menyedihkan orang mukmin, ia adalah musibah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2024, hadis nombor 10178. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي إدريس الخولاني – رضي الله عنه -، قال: بينما النبي ﷺ يمشي هو وأصحابه إذا انقطع شسعه، فقال: إنا لله وإنا إليه راجعون. قالوا: أو مصيبة هذه؟ قال: نعم، كل شئ ساء المؤمن، فهو مصيبة.
[ابن السني، ((الضعيفة)) (4113)]

(Lemah)
Daripada Abu Idris al-Khawlani RA, katanya: Bila mana Nabi SAW berjalan bersama dengan sahabat baginda dan apabila tali selipar baginda terputus, maka Nabi berkata: “Inna Lillahi wa inna ilaihi roji’un (Kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali), kemudian sahabat bertanya: Adakah ini dikira musibah? Jawab Nabi SAW: Ya, setiap perkara yang menyedihkan orang mukmin, ia adalah musibah.
[Riwayat Ibn Sunni. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4113]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.