Setiap perkara yang dikatakan oleh anak Adam

TEKS BAHASA ARAB

كل شىء يتكلم به ابن آدم فإنه مكتوب عليه، فإذا أخطأ خطيئة فأحب أن يتوب إلى الله فليأت [بقعة] رفيعة، فليمد يديه إلى الله – عز وجل – ثم يقول: اللهم! إني أتوب إليك منها لا أرجع إليها أبدا؛.فإنه يغفر له ما لم يرجع في عمله ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap perkara yang dikatakan oleh anak Adam, sesungguhnya sudah pun ditulis ke atasnya (takdir), dan apabila dia melakukan kesalahan dan ingin bertaubat darinya, maka hendaklah dia pergi ke kawasan yang tinggi. Maka tadahkanlah dua tangannya kepada Allah dan berkata: Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku tidak akan kembali lagi dari melakukan perkara itu. Maka sesungguhnya Dia mengampunnya selagi mana dia tidak kembali melakukan perkara tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2024, hadis nombor 10179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الدرداء – رضي الله عنه – مرفوعا: كل شئ يتكلم به ابن آدم فإنه مكتوب عليه، فإذا أخطأ خطيئة فأحب أن يتوب إلى الله فليأت [بقعة] رفيعة، فليمد يديه إلى الله – عز و جل – ثم يقول: اللهم! إني أتوب إليك منها لا أرجع إليها أبدا.فإنه يغفر له ما لم يرجع في عمله ذلك.
[الطبراني في ((الدعاء))، ك، هق، هب، ((الضعيفة)) (4115)]

(Lemah)
Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap perkara yang dikatakan oleh anak Adam, sesungguhnya sudah pun ditulis ke atasnya (takdir), dan apabila dia melakukan kesalahan dan ingin bertaubat darinya, maka hendaklah dia pergi ke kawasan yang tinggi. Maka tadahkanlah dua tangannya kepada Allah dan berkata: Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku tidak akan kembali lagi dari melakukan perkara itu. Maka sesungguhnya Dia mengampunnya selagi mana dia tidak kembali melakukan perkara tersebut.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Du’a, al-Hakim dalam Mustadrak al-Hakim, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra dan Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4115]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs