Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كلُّ شيءٍ يَتَكلَّمُ به ابنُ آدَمَ فإنَّهُ مَكتوبٌ عليه، فإذا أَخطأَ خطيئةً فأَحَبَّ أنْ يَتُوبَ إلى اللهِ فلْيَأْتِ [بُقعة] رَفيعَه، فلْيَمُدَّ يَدَيْهِ إلى اللهِ – عزَّ وجلَّ – ثُمَّ يَقولُ: اللَّهُمَّ! إنِّي أَتوبُ إليكَ مِنها لا أَرْجِعُ إليها أبدًا؛ فإنَّهُ يُغفَرُ له ما لم يَرْجِعْ في عَمَلِهِ ذلكَ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap perkara yang dikatakan oleh anak Adam, sesungguhnya sudah pun ditulis ke atasnya (takdir), dan apabila dia melakukan kesalahan dan ingin bertaubat darinya, maka hendaklah dia pergi ke kawasan yang tinggi. Maka tadahkanlah dua tangannya kepada Allah dan berkata: Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku tidak akan kembali lagi dari melakukan perkara itu. Maka sesungguhnya Dia mengampunnya selagi mana dia tidak kembali melakukan perkara tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2024, hadis no. 10179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap perkara yang dikatakan oleh anak Adam, sesungguhnya sudah pun ditulis ke atasnya (takdir), dan apabila dia melakukan kesalahan dan ingin bertaubat darinya, maka hendaklah dia pergi ke kawasan yang tinggi. Maka tadahkanlah dua tangannya kepada Allah dan berkata: Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku tidak akan kembali lagi dari melakukan perkara itu. Maka sesungguhnya Dia mengampunnya selagi mana dia tidak kembali melakukan perkara tersebut. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Du’a, al-Hakim dalam Mustadrak al-Hakim, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra dan Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4115]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman