Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الأمورُ كلُّها خيرُها وشرُّها مِن اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap perkara itu baik dan buruknya datang daripada Allah SWT.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 714, hadis no. 3651. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ibn 'Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap perkara itu baik dan buruknya datang daripada Allah SWT. Baginda juga bersabda: Sesungguhnya al-Qadar itu adalah paksi bagi tauhid. Sesiapa yang mengesakan Allah dan beriman dengan al-Qadar maka dia telah berpegang kepada tali (agama) yang kuat dan tidak akan putus. Sesiapa yang tidak beriman dengan al-Qadar maka ia telah membatalkan tauhid. Baginda juga berkata: Tidak masuk syurga orang yang mendustakan al-Qadar. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4072, 7150]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman