Setiap perkara ada penyakitnya, dan penyakit bagi agama ialah pemimpin yang teruk

TEKS BAHASA ARAB

لكل شيء آفة، وآفة الدين ولاة السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap perkara ada penyakitnya, dan penyakit bagi agama ialah pemimpin yang teruk.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 840, hadis nombor 4305. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((لكل شيء آفة، وآفة الدين ولاة السوء)).
[((الضعيفة)) (4320)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Mas‘ūd RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap perkara ada penyakitnya, dan penyakit bagi agama ialah pemimpin yang teruk.
[Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4320]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs