Setiap penipuan itu ditulis secara pasti ditulis sebagai satu pendustaan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كل الكذب مكتوب كذباً لا محالة إلا أن يكذب الرجل في الحرب فإن الحرب خدعة أو يكذب بين الرجلين ليصلح بينهما أو يكذب امرأته ليرضيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap penipuan itu ditulis sebagai pendustaan secara pasti melainkan seseorang itu menipu di dalam peperangan kerana sesungguhnya perang adalah tipu daya atau dia menipu antara dua orang lelaki untuk mendamaikan antara keduanya atau dia menipu isterinya untuk mendapat redanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1001, hadis nombor 5158. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ) عن النواس بن سمعان رضي الله عنه مرفوعا: كل الكذب مكتوب كذبا لا محالة إلا أن يكذب الرجل في الحرب فإن الحرب خدعة أو يكذب بين الرجلين ليصلح بينهما أو يكذب امرأته ليرضيها. [الطحاوي في المشكل، ابن السني، هب، الضعيفة (4103)].

(Lemah dengan lafaz Ini) Daripada al-Nawwas bin Sam’an RA , beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap penipuan itu ditulis sebagai pendustaan secara pasti melainkan seseorang itu menipu di dalam peperangan kerana sesungguhnya perang adalah tipu daya atau dia menipu antara dua orang lelaki untuk mendamaikan antara keduanya atau dia menipu isterinya untuk mendapat redanya. [Riwayat Al-Tahawi di dalam al-Musykil, Ibn al-Sunni dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dhaífah no. 4103].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.