Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كل الكذب مكتوب كذباً لا محالة إلا أن يكذب الرجل في الحرب فإن الحرب خدعة أو يكذب بين الرجلين ليصلح بينهما أو يكذب امرأته ليرضيها.
Teks Bahasa Melayu
Setiap penipuan itu ditulis sebagai pendustaan secara pasti melainkan seseorang itu menipu di dalam peperangan kerana sesungguhnya perang adalah tipu daya atau dia menipu antara dua orang lelaki untuk mendamaikan antara keduanya atau dia menipu isterinya untuk mendapat redanya.
Sahabat Perawi
- Al-Nawwas bin Sam'an RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1001, hadis no. 5158. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا اللفظ) عن النواس بن سمعان رضي الله عنه مرفوعا: كل الكذب مكتوب كذبا لا محالة إلا أن يكذب الرجل في الحرب فإن الحرب خدعة أو يكذب بين الرجلين ليصلح بينهما أو يكذب امرأته ليرضيها. [الطحاوي في المشكل، ابن السني، هب، الضعيفة (4103)].
(Lemah dengan lafaz Ini) Daripada al-Nawwas bin Sam'an RA , beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Setiap penipuan itu ditulis sebagai pendustaan secara pasti melainkan seseorang itu menipu di dalam peperangan kerana sesungguhnya perang adalah tipu daya atau dia menipu antara dua orang lelaki untuk mendamaikan antara keduanya atau dia menipu isterinya untuk mendapat redanya. [Riwayat Al-Tahawi di dalam al-Musykil, Ibn al-Sunni dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dhaífah no. 4103].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman