Setiap orang yang mendatangi kiamat akan merasa sangat dahaga

TEKS BAHASA ARAB

كل من ورد القيامة عطشان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap orang yang mendatangi kiamat akan merasa sangat dahaga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1306, hadis nombor 6674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن الهيثم بن جماز، قال: دخلت على يزيد الرقاشي في يوم شديد حر. فقال: ادخل يا هيثم! ادخل ادخل، حتى نبكي على الماء البارد، وقد عطش نفسه أربعين سنة، ثم قال: حدثني أنس بن مالك قال: قال رسول الله: كل من ورد القيامة عطشان.
[خط، ((الضعيفة)) (803)].

(Palsu)
Daripada al-Haitham bin Jammaz, katanya: Aku pernah masuk menemui Yazid al-Ruqqashi pada satu hari yang sangat panas, lalu dia berkata: Masuklah, wahai Haitham! Masuk, masuk, boleh kita menangisi di atas air yang sejuk, dia telah membiarkan dirinya dahaga selama 40 tahun. Kemudian dia berkata: Anas bin Malik telah menceritakan kepadaku, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Setiap orang yang mendatangi kiamat akan merasa sangat dahaga.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 803].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.