Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُلُّ مَنْ وَرَدَ الْقِيَامَةَ عَطْشَانٌ.
Teks Bahasa Melayu
Setiap orang yang mendatangi kiamat akan merasa sangat dahaga.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1306, hadis no. 6674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الهيثم بن جماز، قال: دخلت على يزيد الرقاشي في يوم شديد حر. فقال: ادخل يا هيثم! ادخل ادخل، حتى نبكي على الماء البارد، وقد عطش نفسه أربعين سنة، ثم قال: حدثني أنس بن مالك قال: قال رسول الله: كل من ورد القيامة عطشان. [خط، ((الضعيفة)) (803)].
(Palsu) Daripada al-Haitham bin Jammaz, katanya: Aku pernah masuk menemui Yazid al-Ruqqashi pada satu hari yang sangat panas, lalu dia berkata: Masuklah, wahai Haitham! Masuk, masuk, boleh kita menangisi di atas air yang sejuk, dia telah membiarkan dirinya dahaga selama 40 tahun. Kemudian dia berkata: Anas bin Malik telah menceritakan kepadaku, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Setiap orang yang mendatangi kiamat akan merasa sangat dahaga. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 803].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman