Setiap orang yang berbuat kebaikan pasti akan mendapat balasannya

TEKS BAHASA ARAB

ما أحسن من مسلم ولا كافر إلا أثابه الله. قلنا: يا رسول الله! ما إثابة الله الكافر؟ فقال: إن كان وصل رحما، أو تصدق بصدقة، أو عمل حسنة؛ أثابه الله المال والولد والصحة وأشباه ذلك. قلنا: فما في الآخرة؟ قال: عذابا دون العذاب. وقرأ: {أدخلوا آل فرعون أشد العذاب}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sesiapa pun yang berbuat kebaikan sama ada dari kalangan Muslim mahupun kafir melainkan Allah SWTpasti akan mengganjarinya. Kami berkata, "Wahai Rasulullah, apakah ganjaran Allah kepada orang kafir? Rasulullah menjawab, "Jika dia menyambung silaturrahim atau bersedekah, atau berbuat baik, maka Allah akan mengurniakan kepadanya harta, anak, kesihatan dan perkara seumpama dengannya". Kami berkata, "Bagaimana nasib mereka di akhirat?" Baginda menjawab, "Azab yang perit", lalu baginda membaca: {Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!" [Surah Al-Ghafir, ayat 46].

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 488, hadis nombor 2621. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبدالله بن مسعود –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ما أحسن من مسلم ولا كافر إلا أثابه الله. قلنا: يا رسول الله! ما إثابة الله الكافر؟ فقال: إن كان وصل رحما، أو تصدق بصدقة، أو عمل حسنة؛ أثابه الله المال والولد والصحة وأشباه ذلك. قلنا: فما في الآخرة؟ قال: عذابا دون العذاب. وقرأ: {أدخلوا آل فرعون أشد العذاب})). [ابن شاهين، ك، هب، ابن ماجه في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (4983)]

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada sesiapa pun yang berbuat kebaikan sama ada dari kalangan Muslim mahupun kafir melainkan Allah SWTpasti akan mengganjarinya. Kami berkata, "Wahai Rasulullah, apakah ganjaran Allah kepada orang kafir? Rasulullah menjawab, "Jika dia menyambung silaturrahim atau bersedekah, atau berbuat baik, maka Allah akan mengurniakan kepadanya harta, anak, kesihatan dan perkara seumpama dengannya". Kami berkata, "Bagaimana nasib mereka di akhirat?" Baginda menjawab, "Azab yang perit", lalu baginda membaca: {Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!" [Surah Al-Ghafir, ayat 46].
[Riwayat Ibnu Shahin, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, dan Ibnu Majah dalam tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4983]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs