Setiap orang menyukai sesuatu

TEKS BAHASA ARAB

حبب إلى كل امرئ شيء، وحبب إلي النساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap orang menyukai sesuatu. Dan aku menyukai wanita dan wangian, serta dijadikan penyejuk mataku dalam solat.

STATUS

Tidak ada asalnya dengan penambahan di awal hadith

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 971, hadis nombor 5011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بالزيادة التي في أوله)
عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((حبب إلى كل امرئ شيء، وحبب إلي النساء والطيب وجعلت قرة عيني في الصلاة)).
[((الضعيفة)) (6940)].

(Tidak ada asalnya dengan penambahan di awal hadith)
Daripada Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang menyukai sesuatu. Dan aku menyukai wanita dan wangian, serta dijadikan penyejuk mataku dalam solat”.
[Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6940].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs